Iklan Nuffnang

Wednesday, March 30, 2011

Updated weight planner for Week 4 March




Tahniah Orked kerana telah menggodoli acara ini utk bulan pertama.. hehehe... semoga yang lain terus diet dan diet.... yg tak update berat... tinggalkan komen pon boleh.... but ummi yg kene kaler kuning tu.. biaselah.. kalo berat dha nak dekat2 dgn berat ideal.. mmg sgt2 susah nak turun, tp kalo dah turun, percentage lost fat sgt tinggi....

Tuesday, March 29, 2011

CYC Day 28 and weighing session



ni food diary semlm.... selamber jek sy mkn balik umah kan.... dah tentu2 pagi ni nak timbang... nape ek... ape yg buat sy gitu.. benci tau pangai gitu, padahal dah set nak mkn bijirin dgn susu saja, sbb tk lapar, tp tulah.. balik keje gi angkat tudung saji... tak pe lah.. dgn masinnya mulut sy semlm kata turn 100gram pon jadik... soooo dgn ini.. mmg minggi ni mmg turun 100gm... ameko.. padan muka... nasib tak baik... so tis week no reward day or cheat day... ubh cara mkn pada yg simple2 jek cam bijirin, wholemeal... then... dah start semula gym, so harap.. dpt lah turun pada 80++... i must......




91.0kg

Monday, March 28, 2011

CYC Day 25, 26 , 27




Makan mmg lah tak lebih.. tp carbs byk gak... hari2 mesti mkn mlm, bilelah sy leh balik keje cari buah jek... ni balik² keje bukak tudung saji... %&*%^^$%^&%$^@# smlm dah jeling² tgk hubby mkn megi asam lakse, nasib baik jeling lagik dah licin dia keje kan.. kekekekeke. Berat minggu ni sy tak confident sgt ade penurunan, tp sy harap tiada kenaikkan... walopun pg tadik ade naik beberapa ratos gram.. warggggggggggggggggggggggggggghhhhh

Friday, March 25, 2011

CYC Day 22, 23, 24



adoiii dpt kad merah 2 hari ni.. ade 4 hari utk betulkan balik... harap balik ni mak tak masak.. hehehe... asek nak masakkk je mak saya nih... rase dapat kot berat 89.9 selasa ni.... kakakaka perasan... kene target maaa betul tak..... tapi kalo dapat 90++ pon dah bersyukur...

Wednesday, March 23, 2011

Updated weight planner for Week 3





Tilot , Kehelan dan Yanna sgt ganas.. mari kita ramai2 kejar dia... lemak kita pon dah mula cair.. ekekekek..... WE CAN DO IT...

Hutang Semlm


hihihihi......

Tuesday, March 22, 2011

CYC Day 21 and weighing session

Ni kite makan semlm.... tp mkn terlewat plak.. makanya.. yg semlmnya tak kuar2 lagik dari stock badan.. hahahahha.. so sgt lah geram lepas lama gak mengeram dlm bilik air.. hihihihi... nyesal mkn lambat. Peh tu siap ade mkn 2 suap megi asam lakse ngendeng hubby kol 11pm lebih.... adoiiiii.... tak masuk dlm food diary pon... kol 8pm++ smlm ade kuar bayo credit card sambil lalu kat mcd konon2 nak layan sikecik mkn, tp aku menibai 2 naget n fries.. huhuh... lidah kelu nak order sundae cone.. nasib terkelu nak order... so saya punya berat pagi tadi kan kan kan....................


v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v







91.1 kg


Aik mane pic timbang.... alahhhhhh.... henpon mati plakkk, tp pakai henpon hubby, sok saya tepek gambo yek... sori sesangat.. ngeh ngeh ngeh... kalo tak mkn lambat beratsaya 90++ tauuu.. huhuhuhuh.... pagi tadik tanpa rasa besalah mkn perata 1 kpg, tp tgk korangnya total berat turun.. aku nyesal plak... tak pelah... minggu dpn baru dpt senam kat gym, minggu ni bz.... HEPI? HEPI lah jugakkkkkkkkkkkkkkkkkk

Monday, March 21, 2011

Info dari Kevin Zahri

2 keping roti, telur dah cukup


APAKAH sarapan yang biasa bagi Kevin Zahri? “Saya jarang makan nasi lemak waktu pagi sebaliknya rutin saya biasa�nya bijirin dan susu atau roti dan telur. Saya penggemar roti. Dua keping roti dan tiga biji telur yang saya buang separuh kuningnya sudah melengkapkan keperluan pagi saya.

“Ada karbohidrat, protein (putih telur) dan sedikit lemak (kuning telur),” kata pakar pemakanan dan kecergasan itu.

Menurutnya, kira-kira 90 peratus individu yang mahu mengurangkan berat badan tidak tahu keperluan kalori diri sendiri.

“Sarapan tidak penting berdasarkan jenis makanan kerana apa yang penting adalah kandungan khasiatnya.


“Setiap pemakanan tidak kira sarapan, makan tengah hari atau makan malam, juga kudapan seboleh-bolehnya perlu seimbang,” katanya.


Daripada segi khasiat atau nutrisi mikro, makanan yang dimaksudkan seimbang perlu ada karbohidrat, protein dan lemak. Rationya tidak sama kerana apa yang paling penting daripada ketiga-tiganya ialah karbohidrat. Mungkin 55 peratus karbohidrat, 30 peratus protein dan selebihnya lemak.

“Ramai yang menganggap karbohidrat perlu dikurangkan tetapi hakikat sebenarnya ia nutrisi asas yang diperlukan dan kepentingan utama bagi keperluan badan pada setiap sesi makan.

“Karbohidrat sering dikata�kan patut dikurangkan untuk menurunkan berat badan. Ini tidak sepatutnya berlaku jika kita tahu keperluan dan jumlah diperlukan badan pada setiap sesi makan.

“Ramai yang makan lebih daripada 55 peratus contohnya 70 atau 80 peratus karbohidrat pada setiap sesi makan. Itu yang sepatut�nya dikurangkan bukannya membuang terus daripada pengambilan makanan,” katanya.

Mengambil apa saja secara berlebihan tidak elok pada kesihatan badan walaupun protein, karbohidrat atau serat.

“Karbohidrat ada di mana-mana misalnya dalam roti, gula, air oren, pasta, mi atau roti canai. Kita mungkin mengambil terlalu banyak karbohidrat tanpa disedari, jadi itu yang perlu diawasi dan dikurangkan,” katanya.

Ratio pengambilan makanan seimbang tidak semestinya tetap iaitu 55 peratus karbohidrat, 30 peratus protein dan 15 peratus lemak.

“Mungkin ada yang me�ngam�bil kira-kira 60 peratus karbohidrat, 20 peratus protein dan 20 peratus lemak. Apa yang penting, karbohidrat mesti nombor satu, diikuti protein dan lemak untuk memperoleh makanan.

“Paling penting setiap individu tahu keperluan kalori mereka sendiri kerana setiap orang berbeza keperluannya berdasarkan berat, tinggi, umur dan jantina,” katanya.

Sarapan sangat penting tetapi ramai yang membuang jadual itu daripada rutin harian mereka. Ramai juga yang tidak faham dan tahu keburukan meninggalkan sarapan.

“Selalunya orang yang tidak mengambil sarapan menyang�ka mereka mudah menguruskan berat badan tetapi sebenarnya ada beberapa keburukan.

“Keburukan paling utama adalah metobolisme badan akan menurun kerana badan yang tidak mendapat tenaga pada waktu pagi akan cuba untuk menyimpan tenaga simpanan dengan mengurang�kan metobolisme.

“Produktiviti akan berkura�ngan dan rasa cepat penat kerana pembakaran kalori kurang berbanding jika me�ngambil sarapan,” katanya.

Keburukan kedua, apabila waktu semakin tengah hari, naf�su semakin bergelora kerana tersangat lapar dan mungkin makan lebih banyak daripada sepatutnya. Ia juga mendorong kita membuat pilihan kurang baik mengikut selera dan nafsu semata-mata.

“Seelok-eloknya orang yang mengawal berat badan kena mengamalkan makan lima atau enam kali sehari iaitu sarapan, kudapan, makan tengah hari, kudapan, makan malam dan kudapan tetapi dalam kuantiti bersesuaian.

“Setiap individu sangat penting mengetahui keperluan kalori sehari. Sekiranya tidak tahu keperluan kalori, bagai�mana hendak menga�wal kemasukan makanan?

“Kita harus tahu khasiat yang dimakan dan mengagak kandungan kalorinya tetapi tidak perlu terlalu tepat,” katanya yang memberikan contoh roti jenama High 5 yang menye�diakan fakta khasiat.

Roti bagi Kevin adalah pilihan yang baik dan mudah untuk sarapan.

“Sebenarnya sarapan yang terbaik adalah yang disukai oleh kita sendiri. Cuma, roti mudah dan cepat bagi ke�adaan masyarakat kita yang mengejar masa.

“Kita juga perlu tahu perbezaan antara roti putih dan roti gandum penuh. Sekira�nya mahukan tenaga cepat, roti putih lebih baik.

“Karbohidratnya lebih ringkas dan mudah dihadam, kita pula cepat mendapat kandungan glukosnya. Roti gandum penuh lebih susah dihadam kerana ia karbohidrat kompleks dan mengandungi serat, sesuai untuk mereka yang mahukan tenaga berterusan.

“Untuk yang bekerja di pejabat, roti gandum penuh boleh menjadi kudapan yang memudahkan supaya mendapat tenaga berterusan.

“Dua keping roti, sapu dengan tuna atau minum susu sedikit sudah menjadi kudapan yang baik. Ini dapat mengawal nafsu makan pada tengah hari,” katanya.

Roti juga sesuai bagi kanak-kanak kerana manusia sama ada dewasa atau kecil tetap memerlukan khasiat yang sama iaitu karbohidrat, protein dan lemak. Cuma keperluan jumlah kalori kanak-kanak berbeza daripada orang dewasa.

“Peranan ibu bapa sangat penting dalam memastikan anak-anak mendapat khasiat sewajarnya. Sekiranya ibu bapa sentiasa menyediakan makanan ringan di rumah untuk diambil sepanjang masa, ini sukar mengawal kesihatan yang baik,” kata�nya.

Ramai yang suka menggantikan nasi dengan roti. Ia adalah mitos yang paling popular walaupun sebenarnya ia tidak menyumbang apa-apa perbezaan.

“Menggantikan roti putih de�ngan roti gandum penuh adalah lebih baik kerana roti gandum penuh tidak mengeluarkan glukos secepat nasi.

“Nasi lebih kurang sama dengan roti putih kerana paras glukos akan naik lebih cepat. Penghidap kencing manis tidak mahu banyak glukos dalam darah jadi gantian roti gandum penuh adalah pilihan yang lebih baik.

“Bagi yang hendak makan nasi, elok menggunakan nasi perang. Cuma hendak mendapatkan nasi perang tidak semudah mendapat roti gandum penuh.

“Keperluan nasi atau roti bagi setiap orang adalah segenggam. Sekiranya kita mengambil dua keping roti dan menggenggamnya, ia sudah mencukupi untuk sekali makan,” katanya.

Ada yang mengelakkan karbohidrat terus daripada dunia pemakanan mereka. Mereka tidak menyentuh roti, nasi, mi dan gula. Ia memang berkesan kerana penyebab kenaikan berat badan ialah karbohidrat yang wujud merata-rata dalam makanan.

“Tetapi apa yang salah adalah sikap kita sendiri kerana mengambil karbohidrat berlebih-lebihan. Jangan sang�ka karbohidrat itu ‘jahat’. Kita sangat memerlukan karbohidrat tetapi dalam jumlah yang sesuai,” katanya.

Ada jenis diet popular yang mengamalkan pembuangan karbohidrat dalam pemakanan sebaliknya hanya protein dan lemak dan dalam tempoh tertentu, mereka boleh mengurang�kan berat badan.

“Tetapi diet ini adalah diet yang membosankan dan kebanyakan pengikutnya akan berpaling tadah selepas beberapa lama. Waktu itulah berat badan akan naik kembali.

“Justeru, pengambilan makanan yang sederhana dan sesuai dengan keperluan diri adalah kunci pengawalan berat badan dan kesihatan yang baik.

“Karbohidrat sangat penting pada setiap waktu makan kerana ia penyumbang tenaga utama kepada kita,” katanya.

CYC Day 18,19,20



HARI HARI BELASAH NASI, NASI LEMAK DGN NASI GRG LAK TU... WALO TAK LEBIH KALORI, TP RASE BERATT JEK MKN CARBO.... TAK PE.. TGK ESOK YE.. TIMBANGGGGG

Friday, March 18, 2011

CYC Day 15,16,17

day 15 ni keje giler aku buat, pagi rajin msk ns lemk, so mkn nasi full plate... dah tu balik keje singgah nak bli ayam grg, nampak nasi lemak bungkus, terus bli 2 pack.. blasah dua dgn ayam grg.... what the fish aku nih



day 16 balik umah nampak asam pedah terus amek pinggan isi nasik....... tak de pk dah...... tp calori tak lebih.. ok lah tu....




day 17.. sipi2 nak terlebih lagik.... tak boleh lah nampak kuah pedas semlm... bekal lah.... tp mlm mkn konon2 ala2 diet... sini mmg tak lebih kalori tp kalo dah campur sos cili n black pepper sos rase lebih ar calori tu..


TAK PE YANG PENTING BERAT SAYA DAH TURUN, CUMA HARAP SABTU AHAD TIDAK MEROSAKKAN SEGALANYA... HEHEHEHEH.... KORANG MESTI TAK CAYA BERAT AKU BRAPE SKNG NI.. RAHSIA.. TGGU SELASA.. LALALALLA....

Wednesday, March 16, 2011

Updated weight planner as at 17/03/2011

click to zoom

TAHNIAH PADA YANG CONSISTENT TURUN BERAT, YANG NAIK MCM SAYA SILA BERTAUBAT, YANG STATIK SILA TGK BALIK MKN APA, YANG MENGHILANG TLG TINGGALKAN JEJAK, MINGGU DEPAN SILA BERI KEJUTAN TAHAP BERUK YEEEEE...

Tuesday, March 15, 2011

Updated weight planner as at 15/03/2011



Ni terrrrr updated lepas si Aullea update....still tggu yg lain..

MAIRAAAAAAA...... sile tgk komen dlm posting awak yg baru2 ni sgt menyentuh hati dan kalbu kami.. hehehe....

Percentage telah di keluarkan dulu, so leh lah rase excited sikit, nnt tak best dah tahu awal2 sape menang.... heheheh...


Guwe akan kejar kamu semua next week .. tgk jelah.. :P ........kaki cakit :(

CYC Day 14 and weighing session

sedihh.. sedih.... tak payah slh kan org lain.. slah kan diri, tp hari rabu lepas kaki sy sakit mungkin over doing kat gym or org tukang urut kata masuk angin... sighh.. tk leh gi gym... so cutiiiiiii, siap ade kenduri kat umh, nasi jadi hidangan utama, terimalah...... akibatnya..... ape ape pon, semlm insaplah jugak, tp ade plak pasar mlm, aku bli2 utk ank dan suami, aku ngecek2 jelah, tp ade bli tongkeng ayam tp tak tau brape kalori, mkn 4 ketul... adoiiii........


dan berat aku pon ade naik..... sgt2 dukacita........ salah sendiri. tak pe... aku cuba lagik this week....
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v




huwargggggggg!!!!!!!!!!!!!!!!!!!111

Monday, March 14, 2011

pON pON pON

esok sesi timbang menimbang, sila update berat dan ape2 yg patot, tak sempat bg tau kat komen, weight planner dah update tp tak upload, sok ajelah dgn berat2 kamu semua yang baru.... termasuk ada kemasukkan member baru, dia nak ajak lomba diet jugak.. heheheh.... welcome to the club http://orkedunggu.blogspot.com/

CYC Day 8,9,10,11,12,13






Isnin dan selasa sahaja ok, rabu start cuti, diet aku hancur, bersalah sgt.... huhuhuhuh.... esok dah timbang..... rase lagik naik dari awal kot..... tak pelah.. aku arini dah repent..... amek organic saja..... tahniah yg berjaya mengekalkan diet.... nnt sy kejor balik

Wednesday, March 9, 2011

Updated weight planner as at 09/03/2011


SAPA LAGIK LOM UPDATE SILA UPDATE OK..... SOKLAN UTK BEAR.... AWAK DAH BAYAR KE LOM? HEHEHEHE... RASA DAH TP TK CAKAP KOT... LAIN2 SAPE TGK CA KOSNG JEK COLOUM DIA, TLG BAGI DETAIL.... AULLEA TIMBANG DIKECUALIKAN.. MACEHHHH

Tuesday, March 8, 2011

Updated weight planner as at 08/03/2011




Kehelan@kay... you are the biggest loser for this moment.. chewahhh....

CYC Day 7 and weighing day




Assalamualaikum w.b.t, semlm konon2 tak mo mkn nasik, kita bedal lah ayam panggang kat rasamas, sgt berbaloi2, puas dan kenyang tapi berat tak naik... betollll ambillah protein lebih berbanding carbo.... tapi tau lah, ayam dia tak de lah besor mana, medium jek, tp kalo dgr calori dia sgtlah takot, nasib dia tergolong dlm protien.. yeeeeehhh....

so pg tadik timbang, as my target 1 kg pon cukup, macam Kevin Zahri target 1kg for 1 week... harap saya consistent.... ewah cam the biggest losser plak... anyway.. bawah berat saya for this week. Alhamdullilah.. bersyukur walau pon sedikit... Day 1 berat saya 93.7kg - 92.4kg = 1.3kg

Your Body Mass Index (BMI) is: 34.8.

This would be considered obese. (perkataan clinically dah hilang yehhh)


Pada member2 cyc, sila update blog, nnt saya nak tawaf... jgn lupe update ticker sekali kalau ade penurunan.... yeh yeh

Monday, March 7, 2011

UPDATEDDDDDD

HAI SAYANG2 CYC SEMUA, TOLONG UPDATE BLOG MASING2 ESOK BESERTA BERAT ATAS TIMBANG, KALO TAK LEH UPLOAD LEH TINGGALKAN KOMEN, CKP JE BRAPE BERAT, TP JGN LUPE UPDATE BLOG KEMUDIAN.. HARAP ESOK ADA KEJUTAN, TP OF COZ TIADA PENYINGKIRAN LER..... HEHEHEH... TERIMA KASIH =)

CYC Day 4, 5 AND 6




SABTU DAN AHAD YANG GAGAL..... PADAN MUKA.... SOK DAH NAK TIMBANG.... LOSER.... HUHUHUHUHUH

Friday, March 4, 2011

CYC Day 3

Semalam kan.... balik aku nampak sambal belacan mak aku.... aku kecur... makan jek... bukan byk pon kan.. lagi pon baru pukul 630pm.. tapik sambal belacan mana ada dl food diary... heheh... sambal ni diperbuat dari lada kering yg di rebus, tumbuk dgn belacan bakar... ok ler tu....

Pastukan... mlm sikit... aku kuar kol 845pm, tersinggah kat tempat org jual ayam grg... rase muka aku dia dah kenal lah... aku mkn dgn anak aku... rase aku mkn 60% je kot dari dada ayam tuh..40% ank aku mkn... heheh... kulit aku mkn dulu.... hahah... aku baca blog nisa pnya lah dia melarikan diri dari godaan ayam.... siap kurung diri dlm sauna.. aku mkn ayam cam tak bersalah je kan... biaselah.. 1st week mmg gini.. nnt dah timbang tgk org lain punya berat byk turun... time tu lah gelabah kan... kakaka......

Thursday, March 3, 2011

Weight Planner








Sila tinggalkan komen, tinggi, berat, status bayaran, jika tidak update lagik. TQ =)

CYC Day 2


Eh terlebih.. sgt susah lah bila balik keje..... rasa tak mo balik umh jek kan.... tk pe lah... tggu jelah weighing session..... ceh.. macam the biggest loser je kan...

Wednesday, March 2, 2011

CYC Day 1


click to zoom

Calori ada kurang, tapi ada jahat bila tiba malam... nak ngunyahhhh jek.... calori mlm pon terlebih... tapi konon2 ade gi gym tie lunch, so kompiden kot nak mkn mknan jahat seperti coklat tuh, pastu ade gak mkn kulit ayam cikit jek, so tak leh lah nak masukkan dlm food diary... berat saya akan SHOW OFF kalo turun byk jek.. kekekekek... tp setiap selasa turun byk ke tak.. tetap kene update yawww... ok see u tomoro...

Tuesday, March 1, 2011

Intro CYC

Selamat petang semua... saya nak update sekarang... jeng jeng jeng..




camera sy ade prob, jadi sy pakai pic 7/2/11 time berat 94.1kg, aci ok sebb berat sekarng tk jauh pon, tak de beza langsung kat pizikal....



ni lah berat sebenar sy siap ade tarikh dan masa, guna hp hubby dan mms kat kawan tlg inbox kat fb... kakakaka... giler2 punya alternative nak tepek pic 1 ni... aci tak ..

BMI

Berat : 93.7kg
Tiggi : 163c


Your Body Mass Index (BMI) is: 35.3.

This would be considered clinically obese.


So..... this is begginer..... saya akan sedaya upaya mengalahkan awak semua.. heheheheh... pe lagik.. amek lah as cabaran beb.... =) see uols tomoro.....


(esok title start pada CYC Day 1 dan seterusnya....untill day on 31/5 nnt....)

Followers

Reach The Goal

Created by MyFitnessPal - Free Calorie Counter

BMI

Weight:


Height:



Your BMI is:

Popular Posts

nuffnang